Siakap Keli

Jalan Kaki Redah Hujan, Semangat Gigih Adik Lin Cari Rezeki Jadi ‘Foodpanda Walker’ Buat Netizen Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang cari rezeki dengan menjadi penghantar makanan, pasti dia tahu bahawa kerja ini bukan mudah sebenarnya.

Selain perlu bersaing dengan masa, kita juga perlu ada kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan karenah pelanggan yang tidak dikenali.

Namun bagi yang memilih ‘option’ menjadi penghantar secara berjalan kaki, satu lagi bebanan harus ditempuhi iaitu keletihan.

Demikianlah yang dirasai oleh adik Lin ini apabila dia tekad mencari rezeki atas usaha sendiri dengan bekerja sebagai Foodpanda walker.

Kisah ini dialami oleh Solihah Md Radzi dan dikongsikan semula di Facebook baru-baru ini. Jom ikuti cerita ini.

Walker Foodpanda

Gambar: Solihah Md Radzi

Tujuan posting ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tapi sekadar untuk pedoman hidup kita.

Petang tadi Solihah ada terbaca posting adik Bella Audri berkaitan walker Foodpanda perempuan. Adik nie namanya Lin, muda lagi baru 22 tahun. Tak ada kenderaan apa-apa, so dia join Foodpanda walker untuk cari kerja. Terkesan disebabkan PKP.

Bella & suami dia serta beberapa orang geng Foodpanda ada buat collection untuk belikan basikal untuk adik Lin. Alhamdulillah collection depa dah cukup dan tunggu nak beli basikal untuk adik Lin nanti. Nak dijadikan cerita malam tadi singgah beli makan Solihah & baru nak sembang dengan husband mengenai adik Lin.

Tak sangka Allah temukan kami, dalam keadaan hujan Solihah nampak dia berjalan kaki sambil galas beg Foodpanda. Ya Allah sedih sangat-sangat. Terus mintak husband u-turn parking terus dekat dengan adik Lin.

Gambar: Solihah Md Radzi
Gambar: Solihah Md Radzi

Solihah jumpa dia dalam keadaan baju dia basah kuyup, nampak air mata dia macam menangis.

Dalam keadaan macam tu tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang-sorang. Perempuan pulak tu dengan hujan. So, kami tumpangkan adik Lin naik sekali walau pada mulanya dia agak segan, then terus bawak dia ke rumah customer.

Berkali-kali adik Lin mintak maaf takut menyusahkan kami. Takut basahkan kusyen kereta sebab baju dia basah. Ya Allah dik sesungguhnya malam ni Allah memang nak takdirkan kami bertemu adik Lin sebagai pengajaran untuk kami. Biarlah kusyen kereta tu basah nanti keringlah sendiri.

Sepanjang dalam kereta, cuba berborak dengan adik Lin, bayangkan jam 11 pagi dia berjalan kaki dari Taman Seluang ke Giant dan seterusnya ke rumah-rumah customer dia, jam 8 malam dia akan stop dan balik. Sebelum tu dia akan ke bank untuk bank-in duit. Lepas bank-in baru dia balik guna Grab Car.

Gambar: Solihah Md Radzi

So, lepas hantar makanan ke rumah customer, kami bawak dia ke bank. Dah selesai terus kami bawak dia beli makanan makan malam, katanya tak makan lagi. Dah tapau makanan kami tumpangkan dia hantar ke rumah adik lin.

Balik rumah sambil type posting ni rasa sebak sangat. Umur 22 tahun dia dah lalui kehidupan yang macam ni untuk cari rezeki yang halal. Kak Solihah dan suami doakan semoga adik Lin kaya dan berjaya satu hari nanti. Jangan patah semangat! InsyaAllah Allah sentiasa bersama kita, yang penting cari kerja yang halal.

Ya Allah Kau pelihara keselamatan Adik Lin ini daripada segala perkara yang membahayakan beliau dalam mencari rezeki.

Gambar: Solihah Md Radzi

Menurut Solihah, sumbangan yang diterima adik Lin sudah mencukupi baginya. Malah insan itu berhasrat mahu ‘memulangkannya’ semula kepada orang lain yang lebiih memerlukan.

“Saya pun ada berhubung dengan adik Lin. Alhamdulillah ramai yang beri bantuan. Dia sendiri tak menyangka sampai ke tahap ini.

“Katanya tadi dia pesan pada saya, bantuan yang diberikan melebihi keperluan dia.

“Sehinggakan dia juga berniat andai ada yang berkeinginan untuk memberi bantuan lagi, seeloknya boleh juga diberi kepada insan-insan lain di luar sana yang lebih susah daripadanya,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Semangat gigih adik Lin ini wajar dicontohi. Walaupun baru 22 tahun, namun dia sudah mengenal erti pahit manis kehidupan pada usia seawal itu.

Semoga adik Lin terus tabah mendepani hidup, moga diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Ameen.

| W A L K E R F O O D P A N D A |Tujuan posting ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tapi sekadar untuk…

Posted by Solihah Md Radzi on Wednesday, January 27, 2021

Sumber: Solihah Md Radzi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.