Minyak masak yang telah digunakan selalunya akan terus dibuang atau disimpan di dalam satu bekas untuk dijual semula. Sebenarnya, bagi mereka yang belum tahu, minyak yang telah digunakan itu boleh dijadikan sebagai sabun untuk mencuci yang berkualiti dan mempunyai banyak buih.
Seperti perkongsian oleh Puan Hawa Zainal di Facebook yang menggunakan minyak masak terpakai untuk dijadikan sebagai sabun cuci.
Usaha murni ini dilakukan beliau bagi membantu golongan yang memerlukan dengan membekalkan sabun kepada rumah kebajikan, anak yatim, ibu tunggal dan gelandangan.
Bagi mereka yang ingin menderma atau menjual minyak masak terpakai boleh berbuat demikian dengan mengubungi Puan Hawa.
200kg used cooking oil(uco) telah siap ditukar jadi sabun.
Sekarang setiap satu sesi, dalam masa 2 jam Hawa dapat menukarkan 10kg minyak masak terpakai menjadi sabun cuci.
Sabun dibekalkan kepada keluarga memerlukan, rumah kebajikan, rumah anak yatim, keluarga ibu tunggal. Akan datang kepada homeless(gelandangan).

Sesiapa yang ingin menderma minyak atau menjual minyak masak dengan kami(NGO Green Waste Selangor), boleh hubungi Hawa – 0132805170.
Setakat ini kawasan kutipan minyak merangkumi Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan.
Save our bumi. Help the needy.