Seorang jutawan mengejutkan penonton dengan gaya hidupnya walaupun memiliki 3.5 juta euro (RM19.4 juta) di dalam bank milikinya.
Aimeen Elizabeth mendakwa dirinya mampu menjimatkan sebanyak $ 200,000 (RM807,346) setiap tahun dengan hanya membeli barangan terpakai dan enggan membuang barangan yang kelihatan buruk kerana tidak ingin membazir.
Wanita yang berusia 50 tahun dari Las Vegas itu mengatakan dirinya hanya mempunyai sebilah pisau di dapur dan setiap kali menggunakannya, dirinya akan mengelap dengan kain kerana dirinya mendakwa tidak ingin membazirkan air.
“Saya akan membuka suis pemanas air selama 22 minit setiap pagi dan akan menutupnya selepas mandi,” katanya.
Tambahan itu, Aimee mendedahkan satu-satunya alasan kediamannya kelihatan mewah kerana ia adalah pemberian bekas suaminya, Michael Murrey selepas mereka bercerai.
“Dia memiliki hati yang baik dan bersikap tegas supaya saya tinggal di rumah ini kerana dia tahu bahawa sekiranya saya tidak tinggal di rumah ini, saya akan tinggal di sebuah bilik yang murah untuk menjimatkan duit,” katanya lagi.
Walau begitu, bekas suaminya masih berkunjung untuk membantunya membersihkan rumah tersebut secara percuma. Namun, skim penjimatan wang yang paling menarik yang pernah dilakukan oleh Aimee adalah menjadikan makanan kucing sebagai hidangan kepada tetamu.
Menurutnya, makanan kucing itu dapat menjimatkan wangnya sebanyak $0.30 (RM1.20) berbanding harga ikan tuna sebenar di pasaran.
Sumber: Daily Star