Siakap Keli
Gambar: Instagram

Kisah Pilu Wanita Lahirkan 4 Bayi Kembar Sendirian, Sebelum Kesemua Bayinya Dilapor Meninggal Dunia

Sebuah video mengenai seorang ibu melahirkan empat bayi kembar dipercayai di Madura telah tular di media sosial sebelum ini.

Menurut Detik News, bagaimanapun, keempat-empat bayi itu telah disahkan meninggal dunia dipercayai kerana lahir pramatang.

Khabar itu telah disahkan ketua polis tempatan, Andy Bantera, lapor portal berkenaan.

“Ya betul, warga Gunung Sereng melahirkan empat anak sekaligus. Lahir Khamis (21/1) sekitar pukul 2.30 pm waktu tempatan,” katanya, menjelaskan jantina bayi tersebut; satu lelaki dan tiga perempuan.

Katanya, wanita berusia 40 tahun itu telah bertemu bidan yang menyarankannya untuk merujuk kepada pusat kesihatan awam namun ditolak. Dia kemudiannya pulang ke rumah dan menuju ke bilik air sebelum melahirkan empat bayi.

“Pukul 2.30 pm itu dia mahu ke bilik mandi, terus lahir semua empat bayinya itu. Sebelum lahir, dia sempat menghubungi bidan,” ujar Andy.

“Tapi bidan tiba, bayi sudah ada di atas kerusi buluh dengan keadaan berbalut kain seperti dalam video,” katanya lagi.

Bagaimanapun, dua bayi disahkan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum diikuti dua lagi bayi yang kritikal beberapa jam kemudian dipercayai kerana kelahiran pramatang.

Sumber: Detik News

Amira

Love yourself.