Seekor kucing yang dipercayai setia telah bersatu kembali dengan pemiliknya setelah lima tahun menghilang.
Kucing yang diberi nama Neo yang kini berusia 13 tahun dilaporkan hilang pada bulan September 2015 yang lalu dan dianggap tidak dapat pulang ke rumah akibat buta yang dipercayai dilanggar kenderaan, lapor Lincolnshire Live.
Pemiliknya, Becky Lea dari Lincoln mendakwa dirinya telah melakukan pencarian kucingnya itu selama beberapa bulan dan dirinya terlalu sedih kerana tidak dapat menemukannya lagi.
Setelah lima tahun berlalu, Puan Lea berkata dirinya menerima panggilan yang tidak dijangka daripada Lincoln Cat Care Charity pada hari Rabu yang lalu dengan mengatakan bahawa Neo telah ditemukan di jalan St Andrews Street.
“Dia adalah kucing yang setia. Dia keluar pada tidak akan melayan seseorang walaupun ada yang memberikan makanan kegemarannya.
Menurut laporan, semasa melakukan pencarian kucing berkenaan, Puan Lea mendakwa telah menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mengatakan mereka menemui Neo namun sebaik sahaja dirinya pergi, kucingnya tesebut hilang semula.
Bagaimanapun, Penny Craig dari Lincoln Cat Care Charity berkata: “Kemungkinaan hentakan yang berlaku daripada kemalangan tersebut membuatkan Neo mengalami buta dan juga cedera pada bahagian mulut sehingga doktor haiwan berusaha merawatnya.
Sumber: Daily Star