Siakap Keli

Lima ‘Checklist’ Ini Wajib Diambil Kira Sebelum Beli Rumah Untuk Elak Duit Korang ‘Burn’

Memiliki sebuah kediaman menjadi impian setiap orang. Tetapi, urusan pembelian rumah ini tidak mudah kerana korang perlu membuat satu keputusan yang tepat dalam memilih rumah yang sesuai berdasarkan beberapa kriteria asas.

Oleh itu kami kongsikan lima ‘checklist’ yang wajib diambil kira oleh semua sebelum membeli rumah terutamanya rumah pertama. Ingat, keputusan yang salah boleh merugikan poket sendiri!

1. Pilih pemaju yang tawarkan subsidi pembelian dan pelbagai insentif kepada pemilik untuk elakkan KERUGIAN

Macam yang korang sedia maklum, ekonomi yang tak menentu dan kos yang tinggi, menyebabkan harga rumah melonjak naik. Oleh itu, pentingnya memilih pemaju terbaik yang menawarkan subsidi pembelian dan inisiatif untuk pemilik rumah. 

Contohnya, ada pemaju yang memberikan pengecualian duti setem, perkhidmatan internet jalur lebar di kawasan perumahan secara percuma, bayaran ‘booking’ rumah yang rendah sebanyak RM1,000 je, serta dapat bermacam hadiah lagi.

Korang hanya perlu bijak mencari pemaju seperti ini kalau nak untung dan untuk elakkan kos-kos lain yang tersembunyi ye!

2. Pastikan lokasi rumah strategik

Apabila memilih kawasan perumahan untuk dibeli, korang perlu pastikan ianya terletak di lokasi yang strategik. Bukannya apa, rumah yang dekat dengan pelbagai pusat kemudahan dan rekreasi seperti pasaraya, kedai-kedai, sekolah, hospital, taman, dan sebagainya memudahkan kehidupan seisi keluarga. 

Paling best, kawasan perumahan korang tu ada akses yang mudah ke lebuhraya. Keluar je dari kawasan perumahan terus ke jalan utama. Senang sangat kalau ada ‘emergency’ atau nak ke mana-mana.

Macam gambar kat atas ni, penuh dengan akses untuk keluar, kedai dan pembangunan yang pesat. Semua dalam satu tempat. Barulah praktikal untuk didiami!

3. Keluasan rumah mencukupi untuk ahli keluarga

Ha, rumah dengan keluasan kaki persegi dan jumlah bilik yang sesuai juga penting untuk diambil kira. Jangan kerana nak memiliki rumah, korang main tangkap muat je tanpa memikirkan keselesaan terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.

Bayangkan korang ada tiga anak, tapi rumah hanya cukup-cukup untuk dua bilik sahaja. Tidak termasuk dengan satu bilik air yang perlu dikongsi ramai, lagilah bertambah tekanan. 

Sekurang-kurangya bagi mereka yang berkeluarga, rumah dengan empat bilik serta bilik air sendiri, ‘perfect’ untuk didiami. Kalau belakang rumah ada taman persendirian ukuran 20 kaki pun lagi onz macam dalam gambar kat bawah ni. Anak-anak boleh bermain, korang boleh buat BBQ tak pun berkebun. Best kan!

4. Rumah dengan fasiliti yang lengkap dan menarik 

Kriteria ini penting tetapi sering diabaikan dalam pemilihan rumah. Bila dah duduk, baru rasa menyesal sebab rumah yang dibeli tiada fasiliti menarik. 

Korang tahu tak rumah yang dikelilingi dengan persekitaran yang indah boleh menenangkan fikiran? Ha, oleh itu pilih rumah yang mempunyai landskap luas dan cantik, taman permainan, tasik untuk beriadah bersama keluarga pada waktu petang. 

Bonus point, kalau kat kawasan perumahan korang sediakan macam-macam fasiliti seperti kolam renang, gym, gelanggang badminton, bowling dan jakuzi. Fuhh, best giler.

Ada je perumahan yang sediakan fasiliti macam gambar kat bawah ni dengan harga mampu milik, korang kena bijak cari sebab selalunya cepat je sold out!

5) Mempunyai kawalan keselamatan terbaik 

Kriteria ini paling penting untuk diambil kira kerana banyak kejadian rompakan di rumah yang berlaku sekarang sehingga mengorbankan nyawa. Jangan ambil remeh, sebab kselamatan yang longgar memberi peluang kepada penjenayah bertindak tau.

Sebab itu, pentingnya untuk korang pilih rumah yang mempunyai sistem kawalan keselamatan terbaik iaitu dilengkapi dengan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV) supaya penjenayah tidak sewenangnya menceroboh.

Untuk lagi selamat dan ‘privacy’, korang sebagai pemilik je mendapat kad akses untuk keluar masuk dengan setiap rumah mempunyai sistem penggera keselamatan serta sistem suara intercom. 

Dah jelas dengan semua point di atas, tetapi ada ke kawasan perumahan yang memenuhi semua kriteria tersebut? 

Jawapannya ADA. Jangan terkejut, sebab apa yang kami tahu, terdapat sebuah kawasan perumahan memukau seluas 86 ekar yang terletak d tengah-tengah Bandar Sri Sendayan, Seremban, menawarkan kesemua kriteria di atas, malah lebih lagi.

Korang pernah dengar tak Resort Homes oleh syarikat pemaju terkemuka, Matrix Concepts (MATRIX)? Ha, itulah dia. Fasa pembangunan keempat di Resort Homes dikenali sebagai Crisantha, rumah teres dua tingkat dengan reka bentuk dan seni bina moden ini mempunyai segala yang diinginkan seperti maklumat dan gambar yang kami kongsikan tadi.

Korang tak akan menyesal buat pelaburan dan bawa keluarga pindah ke kediaman idaman dekat Crisantha Resort Homes ini kerana sangat berbaloi untuk dimiliki. Paling gila, Matrix menyediakan subsidi ansuran sehingga 9 BULAN apabila korang membeli rumah di sini. Wow!

Checkout je link ini: Rumah Macam Resort Dengan 9 Bulan Subsidi Bayaran Bulanan, Pemaju Buat ‘Gila’ Tawar Promosi Macam Ni, untuk dapatkan details secara jelas. Memang kagum lah lihat semua gambar dan fasiliti yang Crisantha ada!

Untuk maklumat lanjut, layari dan daftar sekarang di https://bit.ly/CrisanthaResortHomesSK  bagi mengetahui sebarang promosi terkini. 

*Tertakluk pada terma & syarat

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.