Siakap Keli
Gambar: Bernama

LKTN Sasar Tanam 20 Hektar Kenaf Di Melaka

MELAKA, 29 Jan  — Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Melaka menyasarkan aktiviti penanaman kenaf di negeri itu meningkat kepada 20 hektar pada tahun ini berbanding 9.7 hektar pada tahun lepas.

Pegawai Negeri LKTN Kamaludin SK Maidin Abd Kadir berkata perkara itu mampu dicapai menerusi program Pekebun Kecil Bioretting yang menawarkan insentif tanaman sebanyak RM2,385 per hektar.

“Di bawah program ini, pekebun yang mengusahakan kebun secara individu boleh mengusahakan kenaf di tanah seluas maksimum 5 hektar manakala bagi aktiviti berkelompok adalah sekurang-kurangnya 10 hektar dan ke atas.

“Selain itu, terdapat juga insentif pemprosesan insitu yang membabitkan kemudahan pemprosesan kenaf secara pinjam guna dan belian balik hasil menerusi ‘contract farming’ (pertanian kontrak),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya aktiviti penanaman kenaf di Melaka secara kecil-kecilan bermula pada 2010 dengan projek perintis LKTN pada 2019 membabitkan keluasan 13 hektar dan daripada jumlah itu, 9.2 hektar tanaman mengeluarkan hasil sebanyak 98.461 tan metrik  dengan pulangan berjumlah RM49,230.50.

“Bagaimanapun, bagi 2020, keluasan tanah menurun kepada 9.7 hektar dengan 7 hektar mengeluarkan hasil sebanyak 68,243 tan metrik manakala pulangan kepada peserta sebanyak RM34,121.50,” katanya.

Menurut Kamaludin, pada 2020, terdapat 16 peserta berdaftar dengan LKTN dan pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai peserta baharu yang akan menceburi bidang tersebut, tahun ini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.