Pernah tak ketika anda sedang berehat ataupun sedang melakukan aktiviti harian, tiba-tiba anda merasakan mata anda berkerdip-kerdip bahkan berdenyut? Perkara itu sememangnya akan menganggu fokus anda dalam melakukan sesuatu pekerjaan sehingga penglihatan menjadi kabur.
Kebiasaannya, kerdipan mata yang berlaku tidak boleh dikawal bahkan tidak dapat dijangkakan. Hal ini, ramai dikalangan kita mengatakan bahkan mengaitkannya dengan kepercayaan nenek moyang dahulu yang menandakan bahawa rezeki hendak masuk.
Menurut saintifik, gejala mata berkerdip adalah berkait rapat dengan fisiologi normal mata di mana ia disebabkan gerakan otot dalam kelopak mata secara berulangan dalam tempoh yang singkat dan juga tidak boleh dikawal.
Menurut laman Public Health Malaysia, antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya gejala kerdipan mata termasuklah:
- Pengambilan kafein secara berlebihan
- Gangguan tidur atau tidak cukup lena
- Mata kering
- Pengambilan alkohol
- Iritasi atau radang pada biji mata atau bahagian dalam kelopak mata
- Merokok
- Terdedah kepada cahaya terang
- Terdedah kepada cuaca dan angin
- Sakit kepala atau pening
- Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
Berikutan itu, anda tidak perlu risau kerana gejala tersebut tidak merbahayakan sebaiknya anda perlulah mengambil langkah pencegahan. Ini termasuklah mengelakkan pengambilan kafein, tidur yang secukupnya, hentikan pengambilan alkohol, pengambilan air kosong, pengambilan nutrisi baik untuk mata dan amalkan titisan mata.
Mata kanan saya berkerdip-kerdip dan berdenyut. Ianya berlaku secara tiba-tiba. Saya tak boleh nak kawal. Lebih malang…
Posted by Public Health Malaysia on Thursday, January 28, 2021
Sumber: Public Health Malaysia