JAKARTA, 29 Jan – Kira-kira sejumlah 647 petugas kesihatan dan kesihatan di Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Ahli Pasukan Mitigasi Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Dr. Adib Khumaidi berkata, angka tersebut menjadikan Indonesia ‘berjaya’ mencatatkan kematian petugas perubatan paling tinggi di Asia dan ketiga tertinggi di dunia.
“Daripada 647 tersebut, ia terdiri daripada 289 doktor (termasuk 16 berpangkat profesor), 27 doktor gigi (termasuk tiga profesor), 221 jururawat, 84 bidan, 11 ahli farmasi dan 15 bahagian makmal perubatan.
“Sementara itu, doktor yang meninggal dunia itu terdiri daripada 161 doktor umum (empat berpangkat profesor) dan 123 doktor pakar (termasuk 12 berpangkat profesor) serta lima residen, di mana keseluruhannya berasal dari 26 IDI wilayah serta 116 IDI cawangan bandar atau daerah,” katanya, memetik laporan Kompas.
Difahamkan, data tersebut didapati daripada beberapa agensi iaitu Pasukan Mitigasi IDI dari Perusahaan Doktor Gigi Indonesia (PDGI), Persatuan Perawat Nasional Indonesia (PPNI), Ikatan Bidan Indonsia (IBI), Persatuan Ahli Teknologi Laboratorium Medik Indonesia (PATELKI) dan Ikatab Apoteker (farmasi) Indonesia (IAI).
Selain itu jelas Adib, angka kematian petugas perubatan yang tinggi ini merupakan salah satu kesan daripada tindakan kerajaan yang melonggarkan aktiviti dan pergerakan.
“Walaupun angka positif COVID-19 sudah lebih satu juta, namun Indonesia (masih) belum memasuki ‘puncak’ pandemik,” tambahnya.
Apa yang disaran untuk orang awam adalah mematuhi peraturan 5M iaitu memakai pelitup muka dengan betul, mencuci tangan dengan sabun, menjaga jarak fizikal minimum 1.5 meter, menghindari perkumpulan dan mengurangkan pergerakan.
Sumber: Kompas