Siakap Keli

(Video) Selamba, Gelagat Oyen ‘Buli’ Ular Buat Macam Mainan Bikin Netizen Gelak

Dalam keluarga kucing, Oyenlah jenis kucing yang paling pelik dan banyak buat hal berbanding kucing-kucing lain.

Biasanya kucing akan ‘bermain’ dengan lipas, cicak, belalang dan apa-apa serangga sekiranya dijumpai, sebelum memakannya.

Ada juga kucing yang suka bermain dengan laser, kejar tikus, tangkap rama-rama. Tapi tidak pula pada Oyen.

Dalam video yang dikongsikan oleh Twitter Bulu-Bulu Kehidupan ini, gelagat si Oyen ini yang ‘selamba’ mainkan dan buli ular bikin netizen geli hati.

Mana tidaknya, kucing lain main lipas. Oyen main ular. Rare betul. Jom saksikan video ini.

Sementara itu, ada juga netizen turut berkongsi video-video Oyen versi lain pula.

Sama juga. Memang mencuit hati betul si Oyen ni.

Amboi, curi anak ayam jiran nampak.

Ganasnya Oyen. Bunuh ‘londok’.

Ha padan muka, siapa suruu kacau lebah. Kan dah kena.

Apa ada hal..

Nak sedih, terketawa juga. Maafkan kami ye.

Sumber: Twitter Bulu-Bulu Kehidupan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'