Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Wanita Terkejut, Temui Beratus-Ratus Ekor Labah-Labah ‘Menginap’ Di Dinding Bilik Tidur Anaknya

Seorang wanita terkejut selepas menemui beratus-ratus ekor labah-labah berkeliaran di dinding bilik anak perempuannya.

Claudia telah dipanggil ke bilik anaknya pada awal minggu ini selepas dia dikejutkan dengan penemuan labah-labah spesis huntsman di belakang langsirnya.

Imej penemuan yang mengerikan itu telah menjadi tular selepas Claudia memuat naik di laman Facebook miliknya.

Wanita tersebut kemudiannya telah berkongsikan video penemuan labah-labah yang mengerikan itu untuk membuktikan bahawa ianya tidak disunting.

Penemuan yang mengerikan itu dilaporkan telah dirakamkan di rumah Claudia yang terletak di Pantai Utara Sydney di Australia.

Memandangkan labah-labah itu adalah spesis Huntsman, dia telah memutuskan untuk membiarkan labah-labah itu pergi ke tempat lain dengan sendirinya.

“Kami meninggalkan mereka di sana kerana mereka adalah anak labah-labah daripada spesis Huntsman, saya sebenarnya suka spesis ini, jadi saya rasa saya tidak akan melakukan apa-apa, kata wanita tersebut.

Tidak menghairankan bahawa anak perempuannya menyatakan yang dia tidak akan boleh tidur di bilik itu lagi.

Tetapi keesokan harinya, labah-labah itu dilaporkan telah hilang.

Video yang dikongsikan wanita tersebut telah membuatkan rata-rata warganet berasa ngeri.

“Saya tidak percaya betapa tenangnya anda,” tulis seorang warganet.

“Kalau saya, memang saya tak akan.” tulis seorang lagi.

Yang lain pula ada yang mencadang bahawa mereka akan sanggup untuk membakar rumah mereka atau pindah keluar terus sekiranya mereka yang menemui labah-labah tersebut.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right