Seorang wanita di Argentina terkejut apabila mendapati bahawa ibunya masih hidup pada saat-saat akhir ketika jasadnya hendak dibakar untuk pengkebumian, lapor Daily Mail.
Wanita yang berumur 89 tahun itu pada sebelumnya dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Resistencia, Argentina, kerana mengadu sakit dada pada Sabtu.
Pada keesokan harinya, doktor di hospital tersebut telah menyerahkan sijil kematian kepada anak perempuannya yang berusia 54 tahun dengan menyatakan bahawa ibunya itu telah meninggal dunia kerana serangan jantung.
Ketika petugas pengebumian itu menyiapkan wanita tersebut untuk dibakar, anak perempuannya telah bertindak menghentikan upacara itu selepas mendapati bahawa ibunya menunjukkan tanda-tanda masih hidup.
Menurut akhbar Diario Norte, wanita yang berusia 89 tahun itu telah terlantar di hospital swasta sejak Sabtu.
Ketika anak perempuannya datang berkunjung keesokan harinya, dia telah diberitahu oleh kakitangan bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan seterusnya menyerahkan sijil kematiannya.
Polis tempatan berkata: “(Anak perempuan) telah pergi ke sanatorium pada pukul 8.45 pagi di mana dia telah bertemu dengan doktor yang memberitahunya tentang kematian ibunya kerana mengalami serangan jantung. Dia kemudiannya telah dihantar ke krematorium di Velez Sarsfield Avenue dan telah membayar untuk upacara pengebumian dan pembakaran mayat.”
Menurut laman berita Info Veloz, semasa pengebumian itu, anak perempuannya telah mendapati bahawa ibunya menunjukkan tanda-tanda masih hidup ketika dia sedang dimasukkan ke tempat pembakaran dan dengan cepat memberitahu kepada pekerja untuk menghentikan upacara pembakaran itu.
Wanita itu kemudiannya mengirimkan audio kepada salah seorang saudara mara dengan menyatakan: “Saya ingin memberitahu anda bahawa ibu masih hidup. Ketika di saat-saat akhir, kami sedang berada di bilik pembakaran dan kami mendapati bahawa ada tanda-tanda masih hidup. Sekarang kami akan ke klinik.”
Pesakit itu telah dikembalikan ke klinik swasta di mana dia kini dirawat dalam unit rawatan rapi.
Anak perempuannya dilaporkan telah melaporkan klinik itu kepada pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan penuh terhadap insiden itu.
Sumber: Daily Mail