Siakap Keli

Wanita Melecur Disimbah Air Panas Oleh Suami Kerana Marah Dikejutkan Dari Tidur Untuk Sarapan

Seorang lelaki tergamak bertindak menyiram air panas kepada isterinya kerana marah dikejutkan daripada tidur untuk sarapan. Kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku di bandar Konya, Turki tengah pada 9 Januari yang lalu.

Isteri yang merupakan mangsa mengatakan bahawa dirinya ingin memberikan suaminya sarapan di tempat tidur sebagai kejutan namun suaminya malah marah dan mula menjerit terhadapnya.

“Dia marah dan menjerit kepada saya untuk tidak menganggunya. Dia masih dalam keadaan marah dan memberitahu saya di mana dia akan menceraikan saya dan memperoleh hak penjagaan anak perempuan kami tidak kira apa cara sekalipun.

“Dia kemudian simbah air panas ke leher saya. Dia ingin simbah ke arah wajah saya tetapi saya berjaya elak.

“Saya ingin melarikan diri tetapi saya pengsan. Ketika saya sedar, saya mendengar suara anak saya menangis dan kemudian saya merasakan suami saya menarik rambut saya lalu menyeret saya ke bilik mandi,” katanya.

Menurut laporan, tangisan anak perempuannya membuatkan dirinya kuat dan mangsa didakwa mengambil kesempatan dengan melarikan diri ke rumah jiran sebagai tempat perlindungan ketika suaminya membuat panggilan telefon kepada ayahnya. Kemudian, mangsa mendakwa menghubungi pihak polis menyebabkan suaminya ditangkap.

Walau bagaimanapun, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Turki akibat melecur yang teruk di bahagian badan termasuk pinggul

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.