Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 11 pagi.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 9:10 pagi itu melibatkan dua buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 11 pagi ini:
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Mukah dan Bintulu (Tatau)
Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas)
#ributpetirmetmalaysia #metmalaysia pic.twitter.com/XPOW1guLtO
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 29, 2021
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai riput petir pagi ini.
Sumber: MetMalaysia