Tag “#bitcoin” di laman profil Twitter Elon Musk dilaporkan telah menyebabkan berlakunya lonjakan sebanyak 14% bagi harga mata wang kripto semalam.
Ia juga dipercayai dipicu oleh komen di akaun media sosialnya.
Twitter milik individu terkaya di dunia itu telah memperlihatkan perkara menarik yang meningkatkan pasaran saham perdagangan untuk tujuan peribadi atau profesional.
Ditambah pula dengan peningkatan ruang sembang dalam aplikasi Reddit WallStreetBets yang mendorong kenaikan saham GameStop.
Forum itu juga menarik perhatian Elon Musk, dia memuatnaik ciapan “Gamestonk” pada selasa lalu dengan pautan forum Reddit tersebut.
Stonks merupakan istilah bagi stok saham yang banyak digunakan di media sosial.
Platform peruncitan dalam talian saham Etsy juga melonjak sebanyak 9% pada Selasa lalu setelah Elon Musk memuatnaik ciapan “Saya agak suka Etsy”.
Sementara itu, harga Bitcoin meningkat kepada $ 36,901 (RM149,157) semalam disebabkan oleh tag yang digunakan oleh Elon Musk.
Mata wang kripto telah melonjak lebih dari 300% pada tahun lalu kerana peningkatan pelabur termasuk dari syarikat di AS.
Sumber: Reuters