Siakap Keli
Kredit: Google

Tarik Terus Kepada Tempoh Maksimum Pembiayaan, Perunding Kewangan Kongsi Tips Kalau Nak Beli Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rata-rata menginginkan kereta dan rumah sendiri untuk keselesaan keluarga. Justeru, perancangan kewangan yang betul amatlah penting supaya kita tidak jatuh terduduk apabila wang tidak mencukupi jika berlaku sebarang perkara tidak diingini di masa hadapan.

Seorang perunding kewangan, saudara Harith Faisal telah berkongsi tips pengiraan untuk memastikan seseorang dapat memiliki kenderaan sendiri mengikut peratusan gaji supaya masih mempunyai kelayakan untuk membeli rumah suatu hari nanti. Dua-dua pun boleh  beli.

Berikut adalah perkongsiannya.

9 Tahun, 10% Deposit, 15% Gaji

Kalau kau bergaji kecil dan nak sangat beli kereta, tarik teruslah tempoh pembiayaan kereta tu kepada tempoh yang maksimum iaitu 9 tahun. Supaya ansuran bulanan kau adalah yang paling rendah.

Kalau kau nak hutang kereta habis cepat, bayar lebih sajalah setiap bulan. Asalkan dalam CCRIS ansuran tak tinggi. Jadi, mungkin akan bantu kau dapat lebih kelayakan untuk beli rumah nanti.

Bayaran bulanan jangan lebih 15% gaji!

Pasal deposit, 10% sudah memadai. Lebihan tunai yang kau ada, boleh kau laburkan ke mana-mana medium yang boleh bagi pulangan yang lebih tinggi daripada effective rate pembiayaan kereta tu.

Tapi, tak semua orang sesuai dengan tips ni. Kena tengok kepada gaji kau, plan jangka masa pendek dan panjang, pekerjaan kau dan tujuan kenapa kau beli kereta tu.

Seperti biasa, panduan di media sosial dikongsi secara umum. Tak sesuai dengan kau, tak semestinya tak sesuai dengan orang lain juga. Lain orang, lain plan. – HF

#harithfaisal
Nak FREE nota kewangan, pelaburan & hartanah? Klik link ini, t.me/HarithFaisal dan JOIN bersama 70,000 subscriber lain.

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.