Siakap Keli

(Video) “Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Untuk Ngaji?,” Rosyam Nor Sama-Sama Mengaji Dengan Staf

Nama selebriti Rosyam Nor memang terkenal dalam bidang seni lakonan Tanah Air. Lakonan dan penerbitannya sering meniti dari bibir ke bibir rakyat tidak kira usia dan bangsa.

Siapa yang tak kenal dengan hero malaya ini kan? Nama sebenarnya adalah Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih mesra dengan nama Tok Syam.

Terbaru, menerusi saluran Youtube Suhan Movie memuat naik satu video di mana beliau sedang berjumpa dan berkumpul dengan pekerjanya untuk sama-sama mengajar mengaji al -Quran.

Tulisnya di Youtube, selalunya aktiviti ini akan dikendalikan oleh seorang Ustaz untuk mengjar mengaji tetpi pada hari tersebut, Tok Syam sendiri yang mengajar stafnya.

“Korang ada 24 jam, 10 minit pun tak boleh spend untuk ngaji? Tok Syam mengamuk gara-gara staf tak mengaji…”

Video yang berdurasi 13 minit 40 saat ini mendapat tontonan yang tinggi sehingga lebih 260,000 penonton.

Difahamkan di dalam video ini menunjukkan Tok Syam sedang memeriksa setiap seorang stafnya dengan cara mereka mengaji dan rata-rata banyak yang perlu dibaiki.

“Alah bisa tegal biasa. Kalau dah selalu buat, InshaAllah lama-lama akan dipermudahkan oleh Allah. Tak apa, kita semua sama, tak sempurna. Semoga Istiqamah. Aamiin”

Menurut Datuk Rosyam, video ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa kerana kita semua masih ‘budak tadika’ untuk belajar mengaji bersama.

Sumber: Suhan Movie

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang