Siakap Keli

“Boleh Ke Orang Ada Masalah Mental Terlepas Hukuman Jenayah? Ya Boleh, Tetapi…Ada Tapinya”, – Ini Penjelasan Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes seorang kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu kandungnya.

Wanita tersebut bersama suaminya yang disyaki menyebabkan kematian kanak-kanak itu kini sedang direman dan akan menjalani tindakan undang-undang.

Memetik laporan media pada semalam, suspek direkodkan pernah menjalani ujian psikiatri sebelum ini namun polis memaklumkan, dia bukanlah dikesan sebagai pesakit mental.

Menyentuh tentang kes jenayah melibatkan pesakit mental, mungkin timbul persoalan dalam fikiran kita; adakah orang yang disahkan mengalami masalah mental boleh terlepas daripada hukuman?

Persoalan ini telah dijawab oleh peguam jenayah, Mufarwa Farid (gambar) melalui satu perkongsian panjang di Facebook baru-baru ini. Mari ikuti penjelasan ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

1) Adakah orang yang ada masalah mental boleh terlepas daripada hukuman jenayah?

2) Jawapannya, ya, boleh. Ia diperuntukkan dalam Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

3) Tapi.. Ada tapi dia

4) Bukan senang-senang diorang ni terlepas.

5) Sebab, ada 3 syarat untok pesalah mental ni boleh dilepaskan daripada hukuman:

  • Masa buat jenayah, penyakit mental tu datang.
  • Penyakit mental tu melemahkan pesalah.
  • Kelemahan itu menyebabkan dia tak tahu yang tengah buat, tak tahu benda tu salah, dan tak tahu benda tu menyalahi undang-undang.

6) Kena cukup 3 syarat di atas, barulah boleh dikategorikan sebagai ada penyakit mental.

7) Bukannya ada kad OKU atau laporan perubatan saja, terus terlepas. Tak… Dia kena lalui juga prosedur mahkamah.

8) Bila kes sedang berlangsung, peguam akan timbulkan isu bahawa pesalah ni adalah orang yang ada penyakit mental.

9) Jadi, mahkamah akan arahkan supaya pesalah ni diuji di pusat-pusat pesakit mental yang terpilih. Yang akan uji pesalah ni adalah doktor psikiatri.

10) Ujian ini berlangsung berminggu-minggu, malah berbulan-bulan, untok buktikan yang dia ada penyakit mental.

11) Laporan perubatan akan diberikan kepada hakim. Kalau dia didapati ada penyakit mental dah tak boleh dah nak sertai perbicaraan, mahkamah akan membuat perintah:

  • Kalau kes itu boleh dijamin (contohnya kes pukul dan menipu), mahkamah boleh perintahkan dia dirawat di pusat-pusat psikiatri.
  • Kalau kes tak boleh dijamin (contohnya kes bunuh dan mencuri), perlu minta raja di negeri masing-masing bagi memasukkan mereka ke dalam pusat psikiatri.

14) Tapi kalau dia ada penyakit mental, tapi boleh teruskan perbicaraan, maka kes itu akan diteruskan.

15) Sebab, ada pesakit mental ni yang mental dia datang sekejap-sekejap saja. Kita tengok macam orang biasa, tapi mental tu datang bila-bila masa. Dan dia dakwa, masa jenayah itu berlaku, penyakit mental dia datang.

16) Untok kes mental sekejap-sekejap ni, mula-mula, dia akan diminta untok dapatkan ujian psikiatri seperti yang dah disebutkan tadi.

17) Bila dah ada laporan psikiatri, dalam mahkamah nanti, pendakwa raya akan buktikan yang dia waras semasa kejadian. Peguam pula, kena buktikan yang dia ni mental semasa kejadian.

18) Macam mana nak buktikan? Antaranya, cara pembunuhan, senjata pembunuhan dan keganjilan dalam pembunuhan. Kalau macam ada rasa ke arah cara orang mental, ini akan dijadikan hujah.

19) Antara yang lain, rakaman CCTV, keterangan saksi, keterangan pesalah sendiri, forensik dan macam-macam lagi. Bergantung kepada kes.

20) Jadi, inilah tugas kedua-dua pihak. Sorang, kena buktikan dia mental. Sorang lagi kena buktikan dia waras.

21) Nak buktikan dia mental ni, bukanlah satu tugas mudah. Bukannnya senang nak claim diri tu gila.

22) Dan, seseorang yang ada kad OKU atau laporan perubatan, tidak secara automatik akan terlepas. Kena lalui juga prosedur mahkamah yang dah disebutkan tadi.

23) Dan, bukan semua penyakit mental boleh terlepas. Penyakit tu kena related dengan jenayah. Kalau penyakit mental tu macam takda kena-mengena dengan jenayah tu, dia boleh didapati bersalah.

24) Dalam Islam, orang gila akan terlepas daripada hukuman jenayah dan qisas:

“Telah dikecualikan daripada tanggungjawab dari 3 golongan: daripada orang pengsan, daripada bayi sehingga dia baligh dan daripada orang gila sehingga dia sedar”. (Riwayat Abu Daud (4403))

25) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 juga mengecualikan jenayah daripada orang gila dan mabuk. Lihat Seksyen 52.

26) Maka, ia bukan soal undang-undang buatan manusia. Undang-undang wahyu pun kecualikan perbuatan jenayah orang mental.

27) Tulisan ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa. Ia hanya merungkai persoalan orang ramai berkenaan status penyakit mental dalam jenayah.

** Prosedur berkenaan pesakit mental dalam Mahkamah boleh dirujuk dalam Seksyen 342 hingga 344 Kanun Tatacara Mahkamah 2012.

Sumber: Mufarwa Farid

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.