Baru-baru ini, Jabatan bomba bandar Monroe dilaporkan menerima panggilan mengenai seekor angsa yang cedera di Sungai Raisin di Michigan, Amerika Syarikat dan mengarahkan dua petugas untuk melakukan aktiviti menyelamat tersebut.
Menurut laporan, dua anggota bomba, Brian Merkle dan Ed Bellman bertindak berani menyeberangi sebuah tasik yang dilitupi ais untuk menyelamatkan seekor angsa yang dilaporkan terperangkap.
Namun, apabila mereka tiba di kawasan kejadian, mereka menyedari bahawa ia bukanlah angsa sebenar. Sebaliknya, ia hanyalah patung angsa yang digunakan sebagai umpan untuk menghalau bahkan menakutkan haiwan lain.
Seorang lagi anggota bomba, Austin Schmitt dari jabatan yang sama telah berkongsi kejadian tersebut di laman Facebook miliknya sehingga para warganet mengatakan bahawa ia adalah suatu kejadian yang melucukan.
Walau begitu, patung angsa tersebut mempunyai nama yang dikenali sebagai Sharon.
Monroe Township Fire, MCA and the DNR was dispatched for an ice rescue this afternoon. On arrival it was found a goose…
Posted by Austin Schmitt on Tuesday, January 26, 2021
Sumber: India Times