Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

COVID-19: Lelaki 26 Tahun Mempunyai Latar Belakang Penyakit Obesiti Antara 10 Kes Kematian Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 10 kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 dicatatkan pada hari ini.

10 Kes kematian yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 770 kes.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, salah satu daripada 10 kes kematian pada hari ini adalah pesakit yang berusia 26 tahun.

Kes kematian yang ke-765 itu adalah merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit obesiti. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Berikut adalah perincian berkenaan 10 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini:

Sumber: KP Kesihatan

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.