Siakap Keli

Jenazah Kanak-kanak Dipercayai Mangsa Dera Dituntut Keluarga Kandung Ibunya

Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka telah dituntut oleh keluarga kandung ibunya.

Menurut ciapan BERNAMA, jenazah itu dituntut di Hospital Melaka pada 10.05 pagi tadi.

Jenazah juga disolatkan di Surau Madrasah As Syakirin, Simpang Bekoh, Jasin, Melaka.

Kanak-kanak itu ditemui maut pada Jumaat lepas dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story