Siakap Keli
Gambar via Indian Express

Konsert Cara Norma Baharu, Penonton Bersorak Dalam ‘Bubble Space’ Layan Muzik

Ekoran penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia, WHO menasihati masyarakat supaya mengamalkan penjarakan fizikal dan juga memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Begitu juga dengan kumpulan rock Amerika Syarikat, The Flaming Lips yang menggunakan idea kreatif di mana penonton perlu berada dalam bubble space plastik lutsinar sepanjang konsert berlangsung.

Konsert tersebut diadakan pada hujung minggu di Oklahoma yang memaparkan para penonton yang menari sambil berada di dalam gelembung tersebut.

Menurut laporan, terdapat 100 gelembung dan setiap gelembung dipercayai mampu memuatkan sehingga tiga orang. Gelembung itu turut dilengkapi dengan pembesar suara, kipas angin, sebotor air, tuala, dan juga papan tanda kecil yang tertulis “Saya mahu bunag air” dan “Panas di sini” untuk ditunjukkan kepada petugas.

Walau begitu, penonton juga perlu memakai pelitup muka  ketika berada di luar gelembung mereka namun mereka dibenarkan membuka pelitup muka ketika berada di dalam gelembung.

“Saya rasa kita cukup beruntung kerana peminat The Flaming Lips seperti ini,” kata Coyne kepada BBC.

Sumber: Indian Express

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia