Polis di Jepun berjaya menahan seorang wanita berusia 48 tahun pada hari Jumaat yang lalu kerana didakwa menyembunyikan mayat ibunya di dalam peti sejuk di sebuah apartmen di Tokyo.
Menurut laporan, suspek dipercayai menyembunyikan mayat ibunya di dalm peti sejuk sejak 10 tahun yang lalu setelah dirinya menemui ibunya meninggal dunia. Hal ini dilakukan kerana suspek tidak ingin berpindah dari rumah mereka.
Difahamkan, mayat tersebut dijumpai oleh seorang tukang cuci setelah suspek meninggalkan rumah itu pada pertengahan bulan Januari yang lalu akibat tunggakan sewa yang berjumlah $ 10,500 (RM 42,4354).
Pihak polis mengatakan bahawa mayat itu dijumpai dalam keadaan badannya dibengkokkan dan pihaknya juga mendakwa tidak menemukan sebarang kecederaan atau luka pada mayat tersebut.
Bagaimanapun, suspek dilaporkan berjaya ditahan ketika penyiasat menegenal pasti dirinya berada di sebuah hotel di bandar Chiba yang berhampiran Tokyo pada hari Jumaat yang lalu.
Sumber: The Japan Times