Siakap Keli
Gambar: Azmeer Yusof

“Saya Minta Maaf Kerana Lambat Tahu”, Rasa Bersalah Terlepas Pandang, Azmeer Yusof Nak Bina Rumah Baharu Untuk Makcik Ini

Bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof berhasrat mahu mendirikan sebuah rumah baharu buat seorang warga emas di kampungnya.

Menerusi satu hantaran di Facebook pagi ini, Azmeer mendakwa beliau berasa ‘serba-salah’ ekoran terlepas pandang akan nasib yang menimpa individu tersebut.

“InsyaAllah pagi ini saya akan cari rumah makcik ini. Dari semalam saya tidur tak lena kerana rasa berdosa.

“Rumah makcik ini ikut alamat hanya lima minit dari rumah saya. Tapi saya tak tahu jiran saya sendiri yang susah di kala saya tidur di rumah yang selesa,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Gambar: Azmeer Yusof

Azmeer dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka, dakwanya beliau adakalanya lebih fokus tentang masalah yang jauh sehingga tidak perasan ada yang dekat lebih memerlukan.

“Saya minta maaf makcik kerana lambat tahu. Saya utamakan jiran yang jauh dari saya tapi saya membiarkan makcik hidup dalam keadaan rumah macam ni.

“Maafkan saya makcik. Semoga Allah mengampunkan saya,” tambahnya lagi.

Menurutnya, beliau mendapat tahu tentang perkara tersebut pada semalam selepas menerima banyak mesej daripada orang awam.

Atas rasa tanggungjawab dan ihsan, Azmeer tekad berusaha mendapatkan sebuah rumah baharu untuknya, selain turut membuka tabung sumbangan awam.

“InsyaAllah seandainya ada rezeki saya pagi ini dan tiada mana-mana pihak (mahu) ambil bahagian, saya akan bina rumah baharu untuk makcik ini,” katanya.

Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan kepada Azmeer melalui nombor akaun 8604202446 (CIMB Bank) atas nama Pusat Pengajian Azmeer Yusof serta boleh menghubungi 011-5500 5525 melalui aplikasi WhatsApp.

Sumber: Azmeer Yusof

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.