Putrajaya, 1 Feb- Malaysia mencatatkan 4,214 lagi kes baharu COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 219,173 kes setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 4,205 merupakan kes tempatan manakala sembilan lagi merupakan kes import.
Terkini. 1 Feb. Kes baharu hari ini 4,214 kes. Selangor dan Johor kes tertinggi melebihi 1,000 kes. 10 lagi pesakit meninggal dunia.#COVID19 #JagaNegaraKita
— KKMalaysiaš²š¾ (@KKMPutrajaya) February 1, 2021
Sementara itu, sebanyak 4,280 kes sembuh telah dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 170,329 kes (77.7 peratus).
Seramai 316 pesakit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 137 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 10 kematian turut dilaporkan hari ini, semuanya melibatkan warganegara. Angka ini menjadikan jumlah kematian berkait COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 770 kes, bersamaan kira-kira 0.35 peratus.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Status terkini COVID-19 setakat 1 Februari 2021Jumlah kes sembuh baru: 4,280 kesJumlah kumulatif kes sembuh: 170,329…
Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, February 1, 2021
Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah