Siakap Keli
Gambar Via The Sun

Wanita Dilapor Meninggal Dunia Dua Hari Selepas Lahirkan Bayi Kembar Tiga

Brazil- Seorang ibu kepada enam orang anak meninggal dunia kerana kekurangan darah di hospital selepas dua hari melahirkan bayi kembar tiga.

Wanita dikenali sebagai Camila Cassimiro da Conceicao, 26 tahun selamat melahirkan bayi yang cukup sihat kemudian terus dibawa ke rawatan intensif setelah beliau kehilangan banyak darah. Camila dikatakan  pernah  mempunyai seorang anak dan kemudian melahirkan kembar dua.

Setelah beberapa hari kemudian, kebahagiaan keluarga mereka bertukar menjadi pilu dan sedih apabila dikhabarkan Camila mempunyai pendarahan yang banyak dan dirawat setelah dua hari melahirkan bayi kembar tiga tersebut.

Tidak lama selepas beliau diberi rawatan, Hospital Marieta Konder Bornhausen memberitahu Camila tidak dapat diselamatkan setelah melakukan pembedahan.

Pihak hospital beri kenyataan bahawa “Camila melahirkan bayi kembar tiga melalui proses pembedahan tanpa berlaku sebarang insiden”.

“Beliau mengalami pendarahan yang banyak sebaik sahaja selesai melakukan pembedahan. Oleh kerana keadaan pesakit semakin bertambah teruk, beliau dibawa ke rawatan intensif kerana keadaannya semakin lemah. Namun, wanita tersebut mengakhiri derita ini dengan kematian.”

Bayi kembar tiga tersebut telah selamat dilahirkan sewaktu 36 minggu. Bayi itu dikatakan dalam keadaan yang baik dan tidak perlu dibawa ke NICU ( Neonatal Intensive Care Unit) .

Gambar Via The Sun

Ini adalah pertama kali bayi kembar tiga tahun ini dilahirkan di hospital tersebut. Begitu sukar dan sedih rasanya bayi yang kehilangan ibu dan tidak dapat membesar bersama-sama.

Walaubagaimanapun, siasatan dalaman dianggap masih dilakukan. Justeru, status bayi tersebut sama ada berada di hospital atau dibawa pulang bersama bapanya masih belum diketahui.

Sumber : The Sun

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.