Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Alodokter

Ditindih Semasa Tidur, Ini Faktor Penyebab Dan Cara Mencegahnya

Pasti ada yang pernah mengalami situasi seperti ditindih semasa sedang tidur.

Ketika itu, badan kaku tidak dapat bergerak dan mulut pun tidak mampu dibuka untuk meminta tolong.

Ada yang mengaitkan situasi ini dengan perkara mistik, seolah-olah ditindih oleh hantu!

Pun begitu, ini sebenarnya berkait dengan ‘sleep paralysis’ yang merupakan kelumpuhan yang berlaku ketika tidur.

Ikuti perkongsian oleh Public Health Malaysia untuk ketahui lebih lanjut mengenai hal ini.

Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.

Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama!

Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains. sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.

Walaupun OTAK sudah terjaga, namun OTOT badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati.

Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.

Faktor Penyebab

1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

Untuk mencegah kejadian di himpit

1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah

Sumber: Public Health Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.