Siakap Keli
Gambar via Metro UK

Meloyakan, Wanita Dilapor Jadikan Uri Sebagai Makanan, Dakwa Luka Bersalin Sembuh Lebih Cepat

Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan seorang wanita yang bertindak memakan uri anak keduanya dengan menjadikannya sebagai hidangan burrito di mana kejadian tersebut dikatakan berlaku di Cambridgeshire.

Menurut laporan, wanita berkenaan mengatakan bahawa uri tersebut mampu membantu proses pulih setelah dirinya bersalin. Pada bulan April yang lalu, wanita itu turut berkongsi gambar uri anaknya itu yang dimasak dengan krim masam beserta keju.

Pada awalnya, dirinya merancang untuk menjadikan uri anaknya itu sebagai kapsul akan tetapi wanita itu mengelak melakukan proses tersebut ekoran kos pengkapsulan yang tinggi. Hal ini, dirinya membuat keputusan untuk memasaknya selepas meneliti orang lain memasak dan memakan uri tersebut.

“Saya membuat banyak penyelidikan dalam enkapsulasi plasenta tetapi saya tidak mampu, jadi saya memutuskan untuk meneliti cara orang lain yang telah memakannya.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan memakan uri atau perasaan saya sahaja menjadi punca, jadi saya membuat keputusan untuk melakukannya lagi setelah anak kedua dilahirkan,” katanya.

Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Northwestern Universiti pada tahun 2015 mengatakan bahawa perbuatan memakan uri tidak memberi manfaat kepada badan namun ia hanya sekadar trend yang popular semata-mata.

Bagaimanapun, wanita itu berkata, dirinya berasa sihat, bertenaga dan pulih dengan cepat setelah memakan uri anak pertamanya.

Sumber: Metro UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia