Siakap Keli
Gambar via @callumgray0

(Video) Ditonton Lebih 8 Juta Kali, Lelaki Ini Ajar Cara Nak Asingkan Kuning Telur Hanya Dengan Sentuh Bawang Putih

Bagi kaum wanita, perkara yang paling annoying dan menguji kesabaran ketika berada di dapur adalah mengasingkan atau memisahkan kuning telur dari putih telur. Perkara itu menjadi kebiasaan dalam menyediakan masakan seperti membuat kek dan lain-lain lagi.

Teknik yang biasa digunakan termasuklah memecahkan telur ke tangan dan membiarkan putih telur menitis melalui jari atau memindahkan kuning telur ke bahagian kulit telur yang lain.

Namun begitu, seorang pengguna TikTok, @callumgray0 telah berkongsi bagaimana dirinya mengasingkan telur kuning dengan mudah dan simple sehingga membuatkan para netizen terpana dengan tindakannya itu.

Rakaman video tersebut dipercayai berjaya meraih lebih 8.3 juta tontonan dan lebih 1.8 juta tanda suka. Dalam video tersebut, Callum menunjukkan bagaimana dirinya mengasingkan kuning telur dari putih telur hanya dengan sentuh bawang putih yang sudah dikupas.

Lelaki itu menggosok jarinya pada seulas bawang putih yang sudah dikupas kulitnya lalu dirinya mencubit sedikit bahagian pada kuning telur dengan berhati-hati. Kemudian, lelaki itu dengan mudah memindahkannnya ke dalam cawan kosong yang terletak di hadapannya.

@callumgray0

#fyp

♬ Ultimate life hacks – Kelly – The Life Bath

Sumber: Mirror UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia