Siakap Keli
Gambar via Sky News

Airport Untuk Kereta Terbang Dan Dron Pertama Di Dunia Bakal Dibina Akhir Tahun Ini

Satu lapangan terbang bakal dibina di Coventry, United Kingdom pada bulan November ini khusus untuk kereta terbang dan juga dron kargo. Tujuan pembinaan tersebut adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya dan juga salah satu inisiatif untuk mengurangkan masalah pencemaran.

Menurut laporan, lapangan tersebut dikenali sebagi Air One yang didakwa terletak di Ricoh Arena di utara London yang dianggarkan bernilai 1.2 juta euro (RM 5,837,520). Pembinaan tersebut dikatakan hasil kejasama oleh Hyundai dan dibangunkan oleh Urban Air Port yang merupakan syarikat infrastruktur yang berpusat di London.

Air One adalah salah satu daripada tiga reka bentuk infrastruktur modular manakala Ground One dan Water One pula bergerak di darat dan air yang membolehkan pelnagai kenderaan terbang berlabuh dan mendarat.

Idea tersebut adalah bertujuan menunjukkan bagaimana kereta terbang dan dron kargo akan berintegrasi dengan infrastruktur yang dapat dipasang di beberapa kawasan di sekitar bandar berkenaan.

Lapangan terbang Air One mendakwa akan menunjukkan proses perkhidmatan yang disediakan oleh infrastrukturnya dari daftar masuk sehinggalah ruangan berehat dan persiapan menaiki pesawat.

Sumber: Sky News

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia