Siakap Keli
Gambar via Detik News

Bagai ‘Kampung Mati’, Bencana Alam Antara Punca Ratusan Rumah Tidak Berpenghuni Di Kampung Ini

Kampung Tarikolot di daerah Majalengka bagaikan ‘kampung mati’ ekoran ratusan rumah dipercayai tidak berpenghuni dan terbengkalai.

Menurut laporan, perkara tersebut terjadi disebabkan bencana alam termasuk pergerakan tanah yang kerap terjadi sehingga mengancam keselamatan penduduk di kampung tersebut. Hal ini, memaksa 180 rumah di kampung Tarikolot dikosongkan sementara 253 buah keluarga pula terpaksa dipindahkan.

Kejadian pergerakan tanah didakwa terjadi pada tahun 2006 yang lalu dengan mengakibatkan banyak rumah penduduk rosak. Hal ini, lokasi geografi kampung tersebut berada di zon merah. Namun begitu, pada tahun 2009 terdapat sebanyak 253 buah keluarga dilaporkan berjaya berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak di kampung Buahlega.

Menurut Karwan, ketika penduduk mula berpindah, rumah-rumah lama yang terdapat di kampung Tarikolot tetap dibiarkan tanpa diroboh. Hal itu membuatkan kampung tersebut dianggap seperti ‘kampung mati’.

Bagaimanapun, terdapat lapan keluarga yang dianggarkan seramai 13 orang didakwa masih tidak berpindah dan bertahan walaupun kawasan tersebut berada di zon merah dan tidak selamat untuk diduduki.

Sumber: Detik News

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia