Siakap Keli
Kredit: Google

Lelaki Berdepan Dakwaan Bunuh, Dipercayai Belasah Anak Tiri 4 Tahun Hingga Maut Kerana Tak Pandai Guna Tandas

Seorang lelaki di Singapura berdepan tindakan undang-undang atas dakwaan membunuh dalam perbicaraan mahkamah yang bermula pada Selasa, selepas membelasah anak tirinya berusia empat tahun hingga maut kerana dipercayai tidak tahu menggunakan tandas.

Suspek yang berusia 28 tahun itu dituduh melakukan perbuatan kejam tersebut dalam satu kejadian pada 1 September 2018 lalu.

Menurut fakta kes Timbalan Pendakwa Raya Awam, Senthilkumaran Sabapathy dan Lim Yu Hui, segalanya bermula pada pukul 10 pagi apabila mangsa dikatakan mahu membuang air kecil.

Namun ekoran dipercayai masih belum mahir menggunakan tandas, mangsa didakwa telah membuang air kecilnya di bahagian luar mangkuk tandas hingga menyebabkan kekotoran berlaku.

Perbuatan itu disedari suspek, sekaligus menyebabkan ‘darahnya naik’ lalu bertindak memukul tubuh mangsa dipercayai di bahagian abdomen berulang kali.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga didakwa turut menendang perut mangsa dengan kuat ketika si kecil itu terbaring di atas lantai tandas.

Malangnya, jeritan dan tangisan mangsa hanya sia-sia kerana ibunya didakwa tidak berada di rumah ketika itu atas urusan kerja.

Namun tambah dakwaan itu lagi, segalanya terbongkar apabila si ibu pulang ke rumah pada malam harinya dan mendapati mangsa mengadu sakit perut ketika makan, selain turut mengalami muntah-muntah.

Derita mangsa masih berterusan pada pagi keesokan harinya apabila kanak-kanak itu masih mengalami simptom yang sama, malah kali itu lebih teruk apabila mangsa didakwa sukar untuk mengeluarkan muntahnya.

Mangsa terpaksa menggunakan jarinya untuk menjolok anak tekak bagi memudahkannya untuk muntah, namun tidak dijangka akhirnya dirinya pengsan.

Kaget dengan situasi tersebut, suspek dan isterinya segera menghubungi ambulans dan ketika paramedik tiba di sana, didapati denyutan nadi mangsa terhenti serta sudah tidak bernafas, selain tangan dan kakinya turut kaku.

Mangsa dikejarkan ke hospital, bagaimanapun segalanya sudah terlambat. Mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi itu.

Menurut dakwaan lagi, ekoran pembunuhan itu, suspek diarahkan menjalani ujian psikiatri bagi mengesahkan kesihatan mentalnya, namun hasil ujian mendapati suspek tiada sebarang simptom masalah mental.

Perbicaraan kes bersambung pada Rabu dengan isteri suspek dijangka akan mengambil keputusannya dan endakwaan akan mengemukakan bukti daripada 58 saksi bagi membuktikan pertuduhan tersebut.

Untuk rekod, suspek turut menjalani dua pertuduhan lain yang pernah ditangguhkan sebelum ini, iaitu tuduhan penderaan menyiram air panas di punggung mangsa pada 2017 lalu hingga menyebabkannya luka, serta tuduhan menghempas kepala mangsa ke lantai pada 2018.

Sekiranya terbukti bersalah, suspek akan dipenjara seumur hidup atau dijatuhkan hukuman mati.

Sumber: Channel News Asia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.