Penyakit kanser adalah penyakit yang sehingga kini kerap menyerang manusia.
Terdapat pelbagai jenis kanser yang boleh dihidapi seseorang itu antaranya ialah kanser payudara, kanser hidung, kanser paru-paru dan pelbagai lagi.
Justeru daripada itu, bagi mencegah penyakit kanser ini sebelum terlambat, Kementerian Kesihatan Malaysia ada berkongsikan 9 tanda amaran kanser ini. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti infografik yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan perkara ini seperti berikut:
Tahukah anda pengesanan awal bagi sebarang tanda-tanda kanser boleh menyelamatkan nyawa? Ketahui 9 tanda amaran kanser berikut dan mainkan peranan kita terhadap komuniti ataupun ahli keluarga.
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, February 1, 2021
Walau bagaimanapun, tidak semestinya sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut adalah merupakan kanser. Namun, adalah lebih baik untuk memastikannya dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia