Siakap Keli

(Video) Gelagat ‘Meow’ Kejar Penjual Bubur Mungkin Sebab Lapar, Sentuh Hati Netizen

Biasanya kita sering melihat, penjaja atau peniaga makanan di tepi jalan selalunya bermurah hati dengan haiwan-haiwan di jalanan.

Kadang-kadang mereka suka berkongsi makanan dengan kucing, adakalanya juga yang menyediakan bekas air minuman untuk anjing dan banyak lagi.

Justeru, kebanyakan haiwan jalanan ini pasti akan mengenang sifat kasih si peniaga makanan tersebut yang sudi memberi makanan.

Boleh kata, kalau peniaga itu lalu sahaja di kawasan yang biasa diberi makanan, pasti haiwan-haiwan ini sudah mengecam kehadirannya dari jauh lagi.

Situasi itu sama seperti apa yang berlaku dalam video di bawah ini, di mana gelagat kucing-kucing jalanan itu kelihatan ‘seronok’ apabila ‘tuan’ mereka tiba di sana untuk berniaga.

Berdasarkan video ini, kita boleh simpulkan bahawa peniaga tersebut mungkin selama ini selalu memberi kucing-kucing itu makan.

Itu yang buatkan haiwan comel itu ‘tidak keruan’ apabila melihatnya datang. Bukan seekor dua, malah banyak rupanya.

Tersentuh dengan kebaikan si peniaga, ramai netizen melontarkan pujian dan rasa terharu mereka akan situasi meruntun hati ini.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'