Siakap Keli
Kredit: Google

COVID-19: Bayi Lelaki Berusia 4 Bulan Antara 17 Kes Kematian Hari Ini

Putrajaya, 4 Feb – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan merupakan antara 17 kes kematian melibatkan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi yang mempunyai penyakit jantung itu merupakan kes kematian ke-812 daripada keseluruhan 826 kematian setakat ini. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

Sementara itu, dua kematian dilaporkan hari ini melibatkan individu berusia dalam lingkungan 30 tahun. Kes pertama melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 34 tahun di Pahang yang telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Tiada latar belakang penyakit kronik direkodkan.

Selain itu, satu lagi kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 35 tahun dengan penyakit obesiti dan gout juga telah dibawa ke Hospital Banting, Selangor.

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.