Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Hari Kesedaran Kanser Sedunia pada hari ini, 4 Februari. Berikutan dengan itu, KKM telah berkongsi maklumat di mana ubat untuk pencegahan atau rawatan kanser tidak bleh diiklankan.
Bukan itu sahaja, penjual atau pengiklan yang didapati mengiklankan ubat yang menjurus kepada pencegahan atau rawatan kanser adalah melanggar Seksyen 3 (1) (a) Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Jika disabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama; dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda RM5,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sebagai rakyat Malaysia terutamanya buat penjual yang bertangunggjawab haruslah sentiasa ingat bahawa ubat-ubatan berkaitan penyakit kanser tidak boleh diiklankan.
Sumber: KKM