Siakap Keli

Orang Ramai Diminta Buat Ujian Saringan & Kenali Tanda, Gejala Awal Kanser – KKM

PUTRAJAYA, 4 Feb – Orang ramai diminta untuk melakukan ujian saringan serta dinasihatkan supaya mengenali tanda dan gejala awal kanser.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, banyak perkhidmatan saringan bagi kanser payudara, kolorektal (usus besar), serviks dan mulut disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) secara percuma di seluruh negara.

Dalam masa sama, perkhidmatan saringan tersebut turut disediakan di fasiliti-fasiliti perubatan swasta dengan kadar bayaran tertentu.

“Bagi pesakit yang telah disahkan menghidap kanser, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

“KKM amat prihatin dengan kesihatan dan kesejahteraan pesakit-pesakit kanser terutamanya semasa pandemik COVID-19.

“Ini kerana pesakit kanser mempunyai sistem daya tahan yang rendah berbanding orang lain dan lebih berisiko mendapat jangkitan serius,” katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini.

Terdapat sembilan tanda amaran awal kanser iaitu pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid, perubahan pada pola membuang air besar, suara garau lebih dua minggu dan benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada organ tersebut.

Seterusnya terdapat benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini, pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung, ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompokan putih dan merah di mulut, sakit atau berasa tidak selesa pada perut yang berterusan dan batuk berterusan serta kahak berdarah.

Selain itu, tambah Noor Hisham lagi, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini ialah kanser payudara (19 peratus), kanser kolokteral (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

“Satu pertiga kematian kanser dikaitkan dengan amalan berisiko iaitu berat badan berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol.

“Pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22% kematian akibat kanser,” katanya lagi.

Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, February 3, 2021

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.