Siakap Keli
Gambar: MKN

Sambutan Tahun Baru Cina Hanya Dibenarkan Di Rumah Bersama Ahli Keluarga Dari Rumah Yang Sama Sahaja

Putrajaya, 4 Feb – Sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun hanya di rumah masing-masing sahaja.

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambutan hanya boleh diadakan melibatkan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja termasuk semasa Majlis Makan Besar Bersama.

Upacara sembahyang di tokong juga adalah tidak dibenarkan melainkan lima ahli jawatankuasa tokong sahaja. Susulan itu, masyarakat Cina disarankan untuk melakukan upacara sembahyang di rumah masing-masing sahaja.

Selain itu, aktiviti kebudayaan seperti tarian singa, perarakan tanglung dan pertunjukan pentas atau opera tidak dibenarkan.

Orang ramai juga dilarang menziarahi rumah ke rumah serta merentas negeri bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Sumber: MKN

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.