Siakap Keli
Gambar: @auto.parts.laboratory

(Video) Bukan Hanya Untuk Buka ‘Nut’ Tayar, Berikut Fungsi Lain Alat Ini Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Secara lazimnya, sepana lug adalah satu jenis alatan yang digunakan untuk membuka nat tayar kereta terutamanya digunakan ketika anda tersadai di tepi jalan disebabkan tayar pancit.

Pun begitu, menurut akaun TikTok bernama @auto.parts.laboratory ini, sepana lug ni sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lagi yang boleh digunakan selain membuka nat tayar.

Menurut akaun TikTok itu, sekiranya enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan, motorn kereta anda mungkin agak bermasalah sedikit. Justeru daripada itu, sepana lug ini mungkin boleh digunakan dengan cara mengetuk sedikit pada bahagian tersebut. Seterusnya cuba hidupkan enjin kereta anda sekali lagi.

Selain daripada itu juga, jika gear kereta anda tersangkut, gunakan kunci kereta anda untuk dimasukkan ke dalam lubang yang terdapat pada kawasan gear untuk membukanya, kemudian gunakan sepana lug dan cucuk lubang tersebut.

Seterusnya, sekiranya kereta anda boleh dihidupkan seperti biasa namun enjinnya tidak berjalan, menurut akaun itu ianya mungkin disebabkan oleh masalah pada pam minyak kereta anda. Jadi, sepana lug ini boleh digunakan untuk mengetuk tangki minyak dan enjin kereta anda mungkin boleh dihidupkan selepas itu.

Dan jika lampu suhu pada kereta anda menyala semasa memandu, anda disarankan untuk memberhentikan kereta anda dan periksa kipas yang terdapat pada bahagian enjin kereta anda itu. Sekiranya kipas itu tidak berpusing, ketuk sedikit menggunakan sepana lug ini sehingga ia berpusing semula.

@auto.parts.laboratory

How do you use the wrench?#carguy #yougotit

♬ original sound – AutoParts Laboratory

Walau bagaimanapun, mungkin kaedah tersebut tidak sesuai dengan semua jenis kenderaan. Adalah lebih baik sekiranya terdapat masalah pada kenderaan anda, segera rujuk ke bengkel untuk membuat pemeriksaan.

Sumber: @auto.parts.laboratory

Aqmal Ezany

I write what is right