Sebuah jalan ‘misteri’ di Pennsylvania telah ditemui di dalam Google Maps oleh seorang pengguna Twitter bernama Suncastle.
Jalan ‘misteri’ itu difahamkan hilang dan tidak kelihatan di dalam aplikasi Google Maps.
Fenomena aneh itu dikatakan disebabkan oleh dua gambar Google Streetview iaitu Lincoln Way di Clairton yang diambil beberapa bulan selepas menurut lagenda tempatan, ada ‘binatang misteri’ yang telah menakutkan penduduk di sebalik jalan tersebut.
Suncastle menjelaskan bahawa selepas dia menemui jalan misteri yang hilang itu secara tidak sengaja, dia telah melakukan carian mengenai sejarah kawasan tersebut untuk mengetahui lebih tentangnya.
“Ia sebenarnya mempunyai cerita yang sangat menyedihkan,” jelasnya. “Ia adalah sebuah kawasan yang didiami oleh golongan pekerja buruh yang terasing dari Clairton yang pada dasarnya telah ditinggalkan selepas industri tempatan tutup. Sebenarnya kawasan itu pernah berkembang pesat suatu masa dahulu.
Dia menambah bahawa kawasan itu kini menjadi ghost town selepas ditinggalkan. Ianya bukanlah disebabkan oleh ‘binatang misteri’ seperti yang khabar angin yang disebarkan oleh penduduk tempatan.

Ianya pernah menjadi bandar perlombongan yang berkembang maju. Namun, setelah perak habis, Cerro Gordo telah dikosongkan dengan cepatnya. Ia kini menjadi kerangka menakutkan di sebuah bandar.
Sumber: Daily Star