Satu gambar mengelirukan yang tersebar di Facebook telah membuatkan ramai warganet ‘bingung’ dan keliru’.
Gambar tersebut terbahagi kepada dua perspektif, satu ialah seorang individu berjalan masuk ke dalam hutan dan satu lagi seekor anjing hitam jenis poodle sedang berlari keluar dari arah hutan.
Diambil di hutan yang dilitupi salji, gambar itu telah menyebabkan internet menjadi kecoh kerana ramai warganet membahaskan berkenaan apa yang mereka nampak daripada gambar itu.
Gambar yang diambil di lokasi yang tidak diketahui itu telah beredar secara meluas oleh pengguna Facebook di seluruh dunia, dan ramai warganet mempunyai pendapat yang menyatakan bahawa sosok hitam itu adalah orang yang sedang memakai beg galas sambil menuju ke dalam hutan.
Setelah dilihat dengan lebih teliti, jelas gambar tersebut sebenarnya adalah seekor anjing poodle hitam yang sedang menuju ke arah kamera, memetik laporan Daily Mail.
Ekor anjing itu muncul pada sekali pandang sebagai belakang kepala seseorang.
Seorang warganet komen: “Saya terpaksa menanggalkan cermin mata saya untuk melihatnya.”
“Saya terpaksa menatapnya dengan lebih teliti sebelum saya dapat melihatnya,” seorang lagi warganet bersetuju.
“Saya hampir putus asa,” tulis seorang warganet.
Seorang warganet yang perasan akan anjing itu segera menulis: “Mengapa saya tidak dapat melihat lelaki itu? Saya hanya nampak anjing itu sahaja.”
Yang lain menganggap gambar itu sudah jelas dengan salah seorangnya menulis: “Saya ingin tahu bagaimana orang lain nampak seorang lelaki berlari dengan fakta bahawa lelaki yang berlari itu mempunyai kepala anjing yang besar keluar daripadanya.”
Sumber: Daily Mail