Siakap Keli
Gambar Via Ahmad Zakimi Abdullah

“Saya Takut…”, Doktor Kongsi Kisah ‘Frontliner’ Dijangkiti COVID-19, Risau Nasib Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Bergelut’ dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua petugas barisan hadapan bukannya mudah.

Banyak yang perlu dikorbankan terutama waktu bersama ahli keluarga tersayang.

Pun begitu, mereka tetap cekal dalam membendung penularan COVID-19 di negara ini walaupun ramai juga di antara mereka yang telah dijangkiti virus berbahaya itu.

Sama seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah di Facebook ini.

Menerusi perkongsiannya, seorang pesakit COVID-19 yang juga merupakan petugas barisan hadapan menghadapi saat sukar apabila perlu diintubasi dan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Namun, ada perkara yang ‘menjentik’ hatinya apabila berbicara dengan pesakit itu. Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

“Saya takut, doktor.”

Wajah pesakit aku berumur akhir 20an kelihatan suram. Beliau juga adalah frontliner yang datang kerana sesak nafas.

Keadaan paru-paru beliau tak begitu baik. Berkemungkinan besar beliau akan diintubasi dan akan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

“Nape takut?” Soalku.

“Saya takut. Anak saya masih kecil, doktor.”

“InsyaAllah saya bantu. Jangan risau ya. Saya ada sini.”

Selepas perbualan itu, aku terus keluar menanggalkan PPE penuh. Kemudian terus ke bilik air untuk mandi.

Selesai saja mandi aku memandang kearah cermin. Mata aku mula berkaca.

Eh! Kenapa dengan aku? – air mata mula mengalir membasahi pipi. Ya, aku sangat memahami isi hati seorang ayah. Aku ada anak-anak kecil. Sebak.

Aku biarkan saja keadaan suram melayan jiwa.

Andai tiba masa aku yang kena, pasti begitu juga perasaan aku. Takut. Tapi aku tak tahu bila. Semua Allah yang tentukan.

Bukan aku takut mati tapi aku takut akan nasib anak-anak istimewa aku tiada lagi tempat mereka bergantung. Siapa nak dodoikan mereka tidur?

Andai kata giliran aku tertewas dalam perjuangan melawan COVID-19, usah khuatir dengan penambahan data harian. Aku berjuang atas nama Allah. Ganjaran pasti akan menanti disana.

Doakan semua pesakit COVID-19 supaya lekas sembuh. Ya Allah, lindungilah mereka. Amin.

Kami hampir maksima.

Dr Zek

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.