Siakap Keli
Gambar: Dewi Sue

“Sekali Tengok Ada Mata-mata Wei…” Akak Terkejut, Nak Masuk Telur Ikan Dalam Kari Tak Jadi Sebab Ada ‘Baby Ikan’ Memerhati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Telur ikan biasanya dimasak dengan lauk kari ataupun goreng kunyit. Kalau penggemar nasi kandar pula, telur ikan inilah antara bahan paling ‘kick’ dalam hidangan selain ayam, daging dan sotong.

Nak memasaknya pun bukanlah sukar mana. Asal ada idea dan resipi, pasti menjadilah lauk tu. Tapi apa yang dialami oleh saudari Dewi Sue ini memang betul-betul tak dijangka.

Dewi berkongsi kisah pendek yang kelakar di group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang dia dapat telur ikan yang sudah ada ‘baby’ di dalamnya.

Mari ikuti kisah ini.

Gambar: Dewi Sue

Suami beli telur ikan nak suruh campur dalam kari ikan. Sekali tengok ada mata-mata yang memerhati wei.

Ada baby dalam tu siap dah ada yang keluaq nak berenang dah. Boleh makan ka ni?

Laki aku pulak seram tengok hahaha sekali tengok macam anak cicak daa.

#salamjumaat

Jelasnya, hasratnya nak masak telur ikan itu dengan kari sudah tidak jadi. Apa jadi dengan nasib telur-telur itu?

“Saya asingkan..ambil yang takda baby tu masak dengan sotong kunyit, hat yang ada baby terpaksa letgo..sebab semua pakat lariii,” selorohnya.

Lantaran terkejut dan terhibur dengan telur-telur tersebut, maka ramailah warganet lain berkongsi pandangan masing-masing tentang apa yang nak kena buat.

 

Bela balik dalam akurium pun boleh.

Pandangan penuh kerinduan..

“Ini ke mak kita…”

 

Sumber: Dewi Sue melalui Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.