Siakap Keli

Selalu Dianggap ‘Tak Buat Kerja’, Netizen Berpakat Tampil Kongsi Pengalaman Dibantu Pusat Zakat

Institusi zakat sering menjadi ‘mangsa’ tohmahan sesetengah pihak apabila tular kes-kes seperti asnaf terabai, peminta sedekah dan sebagainya.

Tanpa disedari, tohmahan tersebut telah mengundang persepsi buruk terhadap institusi zakat, badan kebajikan dan lain-lain, seolah-olah tiada sebarang bantuan diberikan atau proses bantuan yang agak birokrasi.

Bagaimanapun, persepsi ini hanyalah sangkaan negatif yang perlu dijernihkan semula. Sebenarnya pihak berwajib sudah pun menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Malah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga turut menyeru masyarakat supaya melihat isu yang terjadi daripada segala aspek agar ianya ‘jelas’.

Lantaran itu, ada warganet di Twitter menyeru penerima-penerima zakat agar berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah dibantu, sekaligus mahu mengembalikan semula kepercayaan orang terhadap ketelusan pihak zakat.

Kompilasi perkongsian tersebut turut dikongsikan semula oleh laman Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini. Mari hayati setiap ciapan ini.

Kredit: LZS

Pernah dibantu kos pengajian RM24,000

Kredit: LZS

“Teringat lagi macam mana senangnya saya dapat tajaan dari Baitulmal…”

Alhamdulillah, berkat bantuan yang diberikan pihak zakat, saudara ini berjaya tamatkan pengajian, keluar dari kepompong kesusahan dan kini bergelar usahawan.

Kredit: LZS

Hidup kini berubah kerana jasa pihak zakat

Kredit: LZS

“Alhamdulillah, degree tamat tanpa hutang..”

Bayangkan, selama empat tahun pihak zakat menanggung segala kos pengajiannya. Sungguh bertuah insan ini kerana berpeluang belajar di menara gading secara percuma.

Kredit: LZS

Rezeki si anak yatim, ibu asnaf fakir miskin

Kredit: LZS

Rezeki dapat zakat negeri dua kali ketika belajar

Kredit: LZS

‘Cuma hantar kertas kerja, InsyaAllah mudah lulus’

Salah satu persepsi negatif yang dilontar segelintir masyarakat adalah tentang prosedur.

Ada yang berpendapat, bantuan zakat sukar diluluskan kerana ‘terpaksa’ melalui proses demi proses.

Hakikatnya, prosedur sedemikian adalah amat penting kerana mahu memastikan bantuan itu sampai ke tangan penerima yang benar-benar memerlukan.

Ianya hanyalah persepsi.

Kredit: LZS

Warganet ini agak ‘kesal’ dengan segelintir masyarakat yang begitu memandang serong terhadap institusi zakat.

Walhal apa yang berlaku, diyakini adalah sebaliknya. Ada baiknya jika kita bersangka baik dan meneliti sesuatu isu itu dengan tidak berat sebelah.

Kredit: LZS

Rumah pernah ‘tenggelam’ dalam lautan api yang marak. Tiada siapa yang boleh diharap selain pihak zakat dengan izin Allah.

Kredit: LZS

Alhamdulillah. Berjaya tamatkan pengajian hingga genggam segulung ijazah di tangan hasil jasa pihak zakat.

Kredit: LZS

Terima kasih institusi zakat atas jasa anda menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Semoga dapat membantu ramai lagi insan yang memerlukan. InsyaAllah.

Sumber: Facebook Lembaga Zakat Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.