Tidak semua dikurniakan nikmat kekayaan dengan mudah, sesetengah orang perlu menempuh pelbagai halangan dan keperitan terlebih dahulu sebelum berjaya mengubah kehidupan.
Sememangnya rezeki masing-masing sudah ditetapkan dari awal namun terkadang ia perlu diiringi dengan usaha dan kegigihan diri untuk mendapatkannya.
Ditambah lagi dengan keadaan yang sukar pada ketika ini, pasti ramai yang bergelut untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Disebabkan itu juga, tidak hairanlah jika sekarang ini ramai yang melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa.
Buat Tiga Kerja Dalam Satu Masa
Sama seperti wanita ini yang melakukan tiga pekerjaan dalam satu masa iaitu pramugari, pelatih spa dan penjual online.
Bukan pekerjaan yang mudah, wanita yang dikenali sebagai Dhea Khan itu juga dalam masa yang sama sedang mula membangunkan bisnes sendiri.
Menurutnya, dia selesa melakukan semua pekerjaan itu demi menyara kehidupan suami dan anak. Suaminya yang dulu merupakan seorang juruterbang telah kehilangan pekerjaan.
Jelasnya, tiada sebab yang paling utama dia melakukan tiga pekerjaan itu selain untuk mengubah nasib keluarga termasuk ibu bapa dan adiknya kerana dia dari awal bukannya orang senang.
Adik Jadi Inspirasi
Tambahnya lagi, dia mula berjinak dalam bisnes online kerana tidak mempunyai simpanan yang cukup bila melakukan dua kerja. Dia dengan cekal bekerja dari pagi sehingga malam.
“Saya perlu melakukan sesuatu, apabila melihat adik juga melakukan bisnes online, saya terinspirasi darinya,” katanya.
Melalui semangat itu, Dhea terus mengorak langkah dengan KILAFIT. Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bisnes, dia dibimbing dari zero sehingga menjadi usahawan wanita yang berjaya.
Nampak Macam Boleh Pergi Jauh
Mengingat kembali detik ketika ingin memulakan bisnes, Dhea memilih KILAFIT kerana yakin dengan keselamatan produk tersebut yang mempunyai sijil Halal, KKM, MeSTI dan didaftar dengan Singapore Food Agency.
Menurutnya, dia mementingkan ciri tersebut kerana risau dengan kandungan produk yang tidak selamat.
“Kebetulan time tu tengah survey supplement kesihatan yang boleh bantu kawal selera makan dan turunkan berat badan dengan sihat dan selamat.
“Time nampak KILAFIT ni saya study jugak dulu dan Alhamdulillah dengan adanya segala perakuan dari pihak yang sepatutnya, saya dah nampak dah memang boleh pergi jauh,” katanya.
Dia juga mencuba produk itu sendiri kerana berhajat untuk menurunkan berat badan, tiada kesan sampingan yang dirasakan olehnya dan dapatkan hasil yang terbaik.
Rasa Macam Takde Life Kerja Setiap Hari
Namun, kejayaan yang dikecapi olehnya tidak datang dengan mudah, banyak dugaan yang perlu dihadapi sehingga terkadang merasakan ingin berputus asa.
Lumrah bila baru melakukan bisnes, pasti akan rasa sukar pada awalnya kerana susah untuk mendapatkan pelanggan.
Dhea tidak mempunyai pelanggan walaupun sudah enam bulan terlibat dalam bisnes berlainan sebelum join KILAFIT. Lebih memeritkan, duit juga banyak dihabiskan untuk membeli stok produk berlainan.
“Dalam masa yang sama, saya juga perlu terus melakukan dua kerja, ia merupakan saat yang paling sukar.
“Hampir setiap hari saya bekerja, rasa seperti tiada life, saving juga tiada ketika itu,” ujarnya.
Jadi Jutawan Lepas Setahun
Kegigihan membuahkan hasil, Dhea berjaya mencapai tahap yang lebih tinggi dan bergelar jutawan selepas setahun menjalankan bisnes itu.
‘Kemarau’ pelanggan selama enam bulan itu rupanya menjadi penyebab buatnya untuk terus bangkit.
Semangatnya itu juga disebabkan oleh pelanggan pertama dalam tempoh itu yang memotivasikannya untuk terus berusaha memperbaiki segala kekurangan.
Saya bersyukur dan gembira kerana tidak berputus asa selama ini
Menurutnya, jualan tertinggi yang pernah dicapai olehnya selama menjalankan bisnes KILAFIT ini adalah sebanyak RM1,448,000 dalam masa setahun sahaja.
Jumlah itu menjadi bukti kegigihan dan semangatnya yang tidak pernah luntur selama ini walaupun terpaksa melakukan tiga kerja.
Dhea juga mempunyai harapan untuk membantu orang lain yang menghadapi situasi yang sama sepertinya untuk keluar dari ‘belenggu’ itu.
Bagi anda yang turut sama ingin mencuba dan mengubah nasib kehidupan, anda boleh join bisnes KILAFIT. Hubungi atau Whatsapp 014-7199179.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh melayari www.kilafit.com
Ikuti juga KILAFIT HQ di Facebook dan Instagram.