Siakap Keli
Gambar Via Bernam/Theatlantic.com

Tak Payah Susah-Susah Beratur, Cara Ni Boleh Beli Barang Dapur ‘Delivery’ Tak Sampai 30 Minit

Pandemik COVID-19 sememangnya telah mengubah pelbagai aspek dalam kehidupan kita, ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang kini sedang dikuatkuasakan.

Pastinya kini agak sukar untuk keluar rumah dan tentunya timbul pelbagai kerisauan terutama apabila berada di tempat awam seperti di pusat membeli-belah dan pasar raya.

Tapi nak buat macam mana, barang keperluan sentiasa perlu dibeli terutama barang dapur yang sememangnya menjadi keperluan penting untuk kita semua.

Tak perlu risau, anda duduk je kat rumah, barang-barang keperluan itu boleh dipesan melalui GrabMart.

Haa, mesti ramai yang dah guna sebelum ni kan? Dengan adanya PKP kali ini, ia menjadi aplikasi pilihan yang sangat membantu untuk mendapatkan barangan keperluan.

Penghantaran dalam 30 minit sahaja

Bagi yang masih lagi tak tahu, di GrabMart, pesanan boleh dibuat secara on-demand dan dihantar dalam masa 30 minit sahaja untuk memenuhi permintaan kepada keperluan yang lebih mustahak.

Jadi, anda duduk tenang-tenang sahaja di rumah dan tunggu pesanan sampai, tak perlu dah nak risau untuk keluar dan beli sendiri segala barangan yang diperlukan.

Tambah lagi bila dah PKP, mesti ramai yang sedang bekerja dari rumah dan tiada masa untuk keluar membeli barang, jadi GrabMart ini pilihan yang tepat untuk anda.

Hampir semua jenis kedai disediakan

Paling penting, GrabMart juga bukan terhad kepada barangan dapur sahaja, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan lain di kedai-kedai yang disediakan. Jom tengok antara senarai kedai di bawah ini.

Anda boleh pilih untuk dapatkan barang dapur di mana sahaja pasar atau pasaraya termasuk di Jaya Grocer, HeroMarket dan Pasar Besar TTDI.

Sementara itu, Guardian, Watsons dan Caring Pharmacy juga disediakan untuk anda yang ingin dapatkan keperluan diri.

Tidak cuma itu, kedai serbaneka seperti myNEWS dan Mix.com.my juga disediakan malah jika anda craving untuk makan kek atau manisan, anda boleh memesannya di Secret Recipe, Hokkaido Cheese Tart dan pelbagai kedai lain.

Wah! Semua barang ada, tinggal kena pilih je nak pesan dari kedai yang mana.

Lepas ini bolehlah beli je semua barang dapur dekat GrabMart, tak payah lagi nak kena keluar rumah dan beratur dekat pasar raya.

Nak beli barang dekat platform E-commerce pun kena tunggu lama dan tak tahu bila sampai, jadi gunalah GrabMart ini. Tak perlu lagi nak pening-pening dan sakit hati.

Jadi apa tunggu lagi? Jom beli barang di GrabMart ini, confirm anda tak akan menyesal.

Bagi yang belum ada aplikasi Grab, muat turun sekarang dan nikmati pelbagai kemudahan! Untuk maklumat lanjut mengenai GrabMart, anda juga boleh layari laman web Grab DISINI.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.