Siakap Keli

(Video) Tak Cukup Duit Nak Makan, Lelaki Ini Terharu Kawan-Kawan Kongsi Makanan Sampai Tak Boleh Nak Habiskan

Asam garam kehidupan, setiap orang pastinya pernah mengalami fasa-fasa susah atau kesulitan. Salah satunya, daripada segi ekonomi yang tidak menentu sehingga ada yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda ini di Twitternya dan mungkin pernah dilalui oleh rata-rata daripada kita.

Dia yang tidak mempunyai wang, memberikan alasan ingin ‘berjimat’ kepada rakan sekerjanya ketika ditanya oleh mereka kenapa dia tidak makan.

Menerusi video yang dimuat naik, rakan sekerja pemuda itu dilihat berkongsi makanan mereka dan meminta supaya dia menghabiskan semua makanan yang diberikan tersebut.

Hari ni saya tak ada duit untuk makan..

Warganet yang mengulang siar video berkenaan di Twitter, tersentuh dan mengimbas semula kenangan mereka ketika melalui nasib yang sama seperti pemuda ini suatu ketika dahulu.

Percayalah, setiap pahit getir ujian dan dugaan, kepayahan menghadapi cabaran hidup akan mengajar kita erti kehidupan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kesenangan kelak.

Sumber: Twiter @AR1ELL0RE0

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.