Siakap Keli

Berat Jatuh Mendadak Dari 10kg Ke 4kg & Tak Boleh Berjalan, Akak Ni Mohon Doakan Kucingnya Yang Hidap Sakit Buah Pinggang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pembela dan pencinta kucing, detik paling ‘ditakuti’ adalah ketika si kucing tersebut mula sakit dan tidak ceria seperti selalu.

Banyak kes terjadi selama ini, kucing-kucing yang dibela dan aktif kebiasaannya, terus bertukar menjadi pasif apabila kesihatannya mulai merosot.

Ada yang disahkan terkena jangkitan virus Parvo, malah ada juga dijangkiti penyakit-penyakit lain.

Seperti apa yang dialami oleh Emira Edenan, kucing kesayangannya ini ditakdirkan menghidapi penyakit hingga menyebabkan keupayaan tubuhnya jatuh mendadak.

Mari ikuti perkongsiannya di group Dunia Kucing Group di bawah ini.

Gambar: Emira Edenan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kami dengan rendah diri memohon jasa baik tuan puan agar dapat mendoakan anak emas kesayangan kami yang diberi nama Jimboy kembali sihat seperti sediakala.

Pada 14/10/2020 kami membawa Jimboy ke klinik setelah lebih kurang empat hari tidak buang air besar dan tiada selera makan. Setelah keputusan darah diperolehi, Jimboy disahkan menghidap sakit buah pinggang oleh doktor.

Daripada berat badan Jimboy 10 kilogram merosot mendadak sehingga hari ini hanya empat kilogram sahaja. Pelbagai ikhtiar dan ubatan telah kami usahakan semampu kami. Usia anak emas Jimboy kami telah mencecah sembilan tahun.

Semalam (kelmarin) 4/2/2021 merupakan mimpi ngeri bagi kami di mana Jimboy sudah tidak mampu berjalan seperti biasa. Hanya Allah yang tahu perasaan kami pada waktu ini.

Kami berharap dan merayu agar tuan puan dapat memberikan sumbangan DOA sahaja untuk kesihatan Jimboy kembali sihat seperti sediakala. 

Dari Allah ia datang dan dengan izin Allah ia pergi. Segala niat suci tuan puan diredhai dan dibukakan pintu rezeki seluasnya. Amiin. Assalamualaikum.

#jimboy
#yangpalingbijaksekali
#yangpalingbaiksekali
#yangpalingsihatsekali
#yangpalingsayangsekali

Sumber: Emira Edenan melalui Dunia Kucing Group

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.