Siakap Keli
Gambar: Mail Online

Pernah Percaya Teori Konspirasi & Pandemik Hanya ‘Hoax’, Gadis Terpaksa Akui Kebenaran COVID-19 Selepas Disahkan Positif

Seorang wanita dipercayai pengikut teori konspirasi kini terpaksa mengakui kebenaran bahawa virus COVID-19 itu wujud.

Tori Howell, 28, pada awalnya berpendapat pandemik COVID-19 hanyalah ‘hoax’ sebelum dirinya mengalami simptom-simptom seperti sukar bernafas pada petang Ahad.

Sehinggalah tiga hari selepasnya, gadis itu disahkan positif dan kini sedang menerima rawatan.

Dalam pada itu, Howell yang juga sedang hamil 22 minggu berkata, dia selama ini memang pendengar setia setiap hujah ahli teori konspirasi dan amat mempercayai golongan berkenaan.

“Saya banyak membaca pasal virus itu dan sejujurnya saya anggap ianya mengarut kerana berbulan-bulan saya tidak nampak sesiapa pun yang menghidapinya.

“Namun malang mula menimpa pada Ahad lalu di mana saya mula kehilangan deria rasa dan bau. Ia bermula dengan gejala demam, sakit kepala dan lemah badan.

“Sekarang saya betul-betul sukar untuk bernafas. Saya diberi rawatan dengan steroid dan antibiotik kerana turut mengalami asthma. Semalam (ketika itu) adalah hari terburuk saya,” katanya kepada siaran Gloucestershire, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun bayi dalam kandungannya dilaporkan tidak mengalami sebarang jangkitan setakat ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku dipercayai sehari selepas ahli teori konspirasi, Piers Corbyn, 73, ditahan pihak berkuasa selepas melakukan perbandingan antara program vaksinisasi Britain dengan Auschwitz, selain didakwa turut menimbulkan kekeliruan awam.

Sumber: Mail Online

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.