Siakap Keli

Jangan Buang Sampah Korang, Jom Tukar Sampah-sampah Di Rumah Dengan Thrash4cash & Boleh Dapat Duit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dulu-dulu kita mesti selalu dengar kempen kitar semula yang selalu diiklankan di kaca televisyen, kan?

Jangan tak tahu, sebenarnya usaha kitar semula sampah terbuang ini masih lagi diteruskan, ianya semata-mata mahu menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar di sekeliling kita.

Sebelum ini mungkin agak sukar kita nak cari tong sampah kitar semula yang ada tiga warna untuk tiga jenis sampah itu, kan?

Kali ini, kita jangan risau. Ada cara yang lagi mudah nak kitar semula sampah di rumah kita, iaitu Trash4cash.

Trash4cash adalah satu organisasi yang membeli sampah-sampah terbuang dari rumah anda. Menariknya, anda bukan saja boleh bersihkan rumah sendiri dan menjaga kebersihan alam sekitar, malah siap dapat duit lagi.

Ikuti perkongsian oleh warganet Neyra Shazeyra di bawah ini.

Oh ya kena ingat. Pastikan sampah-sampah itu diasingkan terlebih dahulu ye.

Sistem macam ini mudah sangat. Kita duduk saja di rumah sambil berurusan dengan Thrash4cash melalui aplikasi mereka. Nanti mereka yang datang ke rumah kita.

Kalau berminat dan sudi nak bantu bersihkan alam sekitar, anda boleh memuat turun aplikasi mereka di Google Playstore di SINI.

Boleh juga layari laman sesawang mereka di SINI untuk ketahui lebih lanjut.

Jom jaga alam sekitar kita.

Sumber: Twitter Neyra Shazeyra

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'